Thursday, May 6, 2010

Toronto -> Vancouver -> Hong Kong -> Malaysia

14000km ++ journey in 3 days:

May 3, 2010 || UTC -5 [daylight saving]
3.15 p.m. : Taking a TTC subway train from St. Patrick to Kipling
4.00 p.m. : Arriving at Kipling
4.15 p.m. : Taking a TTC airport rocket from Kipling to YYZ
5.00 p.m. : Arriving at YYZ
6.30 p.m. : Taking a Air Canada flight 137 from YYZ to YVR

May 3, 2010 || UTC -8 [daylight saving]
8.40 p.m. : Arriving at YVR

May 4, 2010 || UTC -8 [daylight saving]
2.10 a.m. : Taking a Air Canada flight 017 from YVR to HKG

May 5, 2010 || UTC +8
6.10 a.m. : Arriving at HKG
8.50 a.m. : Taking a Cathay Pacific flight 723 from HKG to KUL
12.30 p.m. : Arriving at KUL
1.40 p.m. : Taking a City Liner bus from KUL to Nilai
2.30 p.m. : Arriving at Nilai
2.50 p.m. : Taking a KTM Komuter from Nilai to Seremban
3.20 p.m. : Arriving at Seremban
3.35 p.m. : Taking a random express bus from Seremban to Larkin
7.15 p.m. : Arriving at Larkin
8.10 p.m. : Bro drive me home
8.40 p.m. : Home Sweet Home...

Wednesday, April 28, 2010

Finally...



Saturday, April 24, 2010

Countdown

5 Days: Officially finish second year
9 Days: Flight to Malaysia
11 Days: Home sweet home

Increase Your Human's Horse Power Significantly

Wednesday, March 17, 2010

Kehilangan...

Ahad, 14 Mac 2010, kira-kira jam 2.15 pagi, waktu Malaysia. Nenda tersayang telah pergi buat selamanya. Sesungguhnya, diri yang berada di Canada ini hanya mampu memohon doa kepada Allah Subhanahu Wata'ala, semoga roh nenda tersayang dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang pasti, bertepatan dengan firman Allah didalam Surah Al-Ankaboot ayat 57, "Setiap yang hidup akan merasai mati...".

Kepada sesiapa yang membaca entry ini, diharapkan dapat turut sama mendoakan kesejahteraan roh si mati. Semoga doa yang dipohon diterima Allah. InsyaAllah.



Monday, March 1, 2010

Hari Ini: Aku Masak

Setiap Isnin petang aku akan menyediakan makan malam. Minggu ini, aku masak ayam masak lemak. Jadi, aku nak kongsi resipi aku disini.

Menu: Ayam Masak Lemak Cili Api


Bahan-bahan:
- 5 ketul ayam
- 3 biji kentang
- 1 tin santan
- 25 biji cili api
- 2 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4 inci kunyit hidup
- 2 inci haila
- 1 batang serai
- 2 sudu garam
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/2 sudu kecil asam jawa
- 2 cawan air

Cara-cara:
1. Tumbuk cili + bawang merah + bawang putih + garam + kunyit
2. Masukkan ayam + air + halia + serai (diketuk) + bahan yang ditumbuk kedalam periuk, gaul rata
3. Hidupkan api, biarkan dalam 15-20 minit, gaul sekali sekala
4. Masukkan santan + kentang (dipotong 8) + serbuk kunyit, gaul rata
5. Biarkan 10-15 minit, gaul sekali sekala
6. Masukkan asam jawa, gaul sehingga rata
7. Tutup api, makan

Sunday, February 28, 2010

Semangat Kebangsaan

Sambutan Kejayaan Skuad Canada yang diadakan di Dataran Dundas

28 Februari 2010 merupakan hari yang penuh bersejarah buat Canada. Hari ini merupakan hari terakhir Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 dan seperti yang telah diketahui, Canada menjadi tuan rumah untuk sukan ini. Acara penutup yang berlangsung petang tadi adalah peringkat akhir sukan hoki ais di mana Canada berjaya menewaskan USA dalam acara tersebut. Ini merupakan satu kejayaan yang membanggakan buat seluruh penduduk Canada.

Selain daripada acara tersebut, Canada juga berjaya memperoleh sejumlah 14 pingat emas musim ini. Ianya merupakan rekod kutipan pingat emas terbanyak dalam sejarah penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk. Akan tetapi, Canada gagal menduduki tangga teratas berikutan kegagalan mengutip jumlah pingat terbanyak.

Walaubagaimanapun, kejayaan Canada kali ini sudah cukup membuatkan ramai warga Canada bersorak kegembiraan. Tinjauan disekitar dataran Dundas, Bandaraya Toronto mendapati ramai warga Toronto berkumpul di sini dan meluahkan perasaan bangga dan gembira terhadap skuad
Canada. Kesaggupan mereka berkumpul beramai-ramai walaupan dalam keadaan sejuk yang mencecah kosong darjah Celsius menunjukkan betapa hebatnya semangat kebangsaan yang ada dalam diri mereka.

Sambutan kejayaan skuad Canada di sini yang dihadiri oleh ribuan warga Toronto menyebabkan jalan disekitar persimpangan Jalan Dundas dan Jalan Yonge terpaksa ditutup. Selain daripada warga Toronto yang hadir, pengguna jalanraya yang melalui sekitar kawasan juga turut berkongsi kegembiraan dengan membunyikan hon kenderaan masing-masing. Sambutan yang bermula seawal jam enam petang tadi berlanjutan sehingga jam 10 malam tadi.

Secara keseluruhannya, rata-rata warga Canada berbangga dengan pencapaian skuad negara mereka dan perasaan ini dizahirkan dalam sambutan yang diadakan tadi. Semangat kebangsaan ini wajar dicontohi oleh semua masyarakat dunia.