Alhamdulillah, syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana telah mengurniakanku satu pemberian yang nampak kecil tetapi begitu besar maknanya.
Hari ini, aku telah menerima satu e-mail yang amat aku nantikan, e-mail berkaitan kerja praktikal yang telah aku lakukan semasa cuti musim panas yang lalu. Di dalam e-mail itu tertulis:
"Your submission for your practical experience with Universiti Teknologi Malaysia, submitted on October 6, 2009 has resulted in approval of 320 hours."
Sebagai prasyarat untuk aku mendapatkan ijazah, aku perlu melakukan kerja praktikal yang berkaitan dengan kejuruteraan elektrikal selama 600 jam. Maka, kini aku perlu 280 jam sahaja lagi untuk aku melepasi prasyarat tersebut. Sebab itulah aku amat bersyukur apabila menerima e-mail yang menyatakan kerja yang telah aku lakukan diterima.
Alhamdulillah.
Thursday, November 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment