Friday, November 6, 2009

Cerita Yang Belum Diceritakan 1 Part 2

1 September 2009, 1430, waktu Bangkok.



Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi

Pasawat yang aku naiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Bangkok, Thailand, setelah dua jam penerbangan. Disebabkan destinasi penerbanganku adalah Hong Kong, aku tidak dibenarkan keluar daripada pesawat. Aku terpaksa menunggu selama satu jam di dalam pesawat, menantikan waktu penerbangan ke Hong Kong - 3 p.m. waktu Bangkok.

Kira-kira 2o minit sebelum pukul tiga, para penumpang ke Hong Kong mula memasuki pesawat. Pada awalnya aku sangka hanya aku seorang yang meneruskan perjalanan dari Singapura ke Hong Kong, namun apabila penumpang di sebelahku mengambil tempat duduknya, baru aku sedar yang dia juga meneruskan perjalanan dari Singapura ke Hong Kong. Tetapi, dia sempat curi-curi turun dari pesawat sebentar tadi.

1 September 2009, 1530, waktu Bangkok.

Pesawat yang aku naiki mula bergerak meninggalkan terminal lapangan terbang. Beberapa ketika kemudian, pesawat berada di landasan dan memulakan penerbangan. Penerbangan dari Bangkok ke Hong Kong dijangka mengambil masa kira-kira dua jam setengah. Maka, aku dijangka tiba pada jam 7 malam waktu Hong Kong.

1 September 2009, 1900, waktu Hong Kong.


Pemandangan di Ruang Legar Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong

Pasawat yang aku naiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. Setelah pesawat tiba di terminal, aku bergerak keluar dari pesawat dan terus mengambil laluan transit. Ya, aku hanya transit di Hong Kong, destinasi sebenarku adalah Toronto. Penerbangan ke Toronto lambat lagi. Jam 2.45 pagi nanti.

Penumpang yang duduk di sebelahku sepanjang penerbangan dari Singapura ke Hong Kong tadi juga mengambil laluan transit - maksudnya dia juga akan meneruskan perjalanan sebentar lagi.
Kali ini, aku memberanikan diri menegurnya. Yalah, sepanjang perjalanan hampir 5 jam, tidak pernah sekali pun kami berbual. Padahal, kami duduk bersebelahan. Mungkin kerana dia perempuan, aku lelaki, dan aku segan. Aku memulakan perbualan:

Aku: Hi, we meet again! What's your final destination actually is?
Wanita itu: Owh, Hi! Actually I'm going to Taiwan. How about you?
Aku: I'm going to Toronto, I study there. So, why are you going to Taiwan? Are you going for a holiday?
Wanita itu: Owh, no. I'm going home. Actually, I visited my friends in Singapore. Are you from Singapore?
Aku: No. I'm from Malaysia but I live in Johor Bahru. So, it is easier for me to take a flight from Singapore. Are you still study or you are working now?
Wanita itu: I'm working now. I graduated long time ago. So, what's the time for your next flight?
Aku: 2 a.m. You?
Wanita itu: 9.30 p.m. So, you need to wait for about 6 hours here?
Aku: Yes. What else can I do? That's the only flight. I think I want to look around this airport and I believe you have something else to do too. It is nice meeting you. I hope you will have a safe journey.
Wanita itu: It is nice meeting you too. See you around. Have a safe journey. Bye!
Aku: Bye!

Aku berseorangan kembali. Ya, aku terpaksa menunggu hampir 8 jam di Lapangan Terbang Antabangsa Hong Kong untuk penerbangan seterusnya. Aku mengambil peluang ini untuk menunaikan solat jamak Maghrib-Isyak di tempat solat yang telah disediakan di dalam lapangan terbang itu.

Setelah selesai solat, aku mengambil peluang untuk menjelajah seluruh pelusuk lapangan terbang itu. Setelah penat berjalan, aku duduk berehat berhampiran tempat aku dijadualkan untuk check-in bagi penerbangan ke Toronto. Sedar tak sedar, jam sudah menunjukkan pukul 2.15 pagi. Pintu departure telah dibuka dan aku pun terus beratur untuk check-in, seterusnya masuk ke dalam pesawat.

2 September 2009, 0245, waktu Hong Kong.


Pesawat yang Aku Naiki untuk Penerbangan ke Toronto

Pesawat yang aku naiki perlahan-lahan meninggalkan terminal lapangan terbang menuju ke landasan dan beberapa ketika kemudian terbang meninggalkan bumi Hong Kong menuju Toronto. Perjalanan dari Hong Kong ke Toronto mengambil masa kira-kira 15 jam dan merupakan satu perjalanan yang membosankan.

Tidak banyak pengalaman yang boleh diceritakan sepanjang pejalanan tersebut. Kebanyakan masa aku habiskan dengan tidur dan menonton filem.

2 September 2009, 0545, waktu Toronto.

Pasawat yang aku naiki selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pearson, Toronto, Ontario, Canada. Kira-kira jam 7.00 pagi, semua urusan check-out selesai dan aku keluar dari lapanagan terbang. Aku mengambil keputusan untuk menaiki Subway ke kediamanku di Bandaraya Toronto.

2 September 2009, 0930, waktu Toronto.

Aku selamat tiba di kediamanku di Bandaraya Toronto.

SEKIAN

No comments:

Post a Comment